[2026] PERMAINAN TRADISIONAL Warisan Budaya & Aktiviti Rekreasi Siri 1
Sorry, your download limit has been reached
- Description:
-
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada
khazanah warisan budaya yang mencerminkan identiti,
kreativiti dan nilai kehidupan masyarakat terdahulu.
Namun begitu, perkembangan teknologi moden dan
permainan digital menyebabkan permainan tradisional
semakin kurang dimainkan serta semakin dilupakan
oleh generasi muda. Oleh itu, usaha
mendokumentasikan permainan tradisional dalam
bentuk buku ini diharapkan dapat membantu
memelihara dan memperkenalkan semula warisan
budaya tersebut kepada masyarakat masa kini.
Buku ini disusun secara sistematik dengan penerangan
berkaitan sejarah, kategori, cara bermain, nilai murni
dan kepentingan permainan tradisional dalam
kehidupan masyarakat. Selain itu, kandungan buku ini
turut memberi penekanan terhadap penggunaan
permainan tradisional sebagai medium pembelajaran
aktif, pembangunan sahsiah dan aktiviti rekreasi dalam
institusi pendidikan.
Kami berharap buku ini dapat memberi manfaat kepada
pelajar kursus Kokurikulum Sukan dan Permainan serta
menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua
pembaca. Semoga usaha kecil ini dapat menyumbang
kepada pemeliharaan dan kelestarian warisan
permainan tradisional Melayu untuk generasi akan
datang. - Submitted By:
- Md Nor Sirat (webmaster)
- Submitted On:
- 25 Nov 2026
- Downloads:
- 1
- File Author:
- Amir Awang @ Muda Zuraida Yaacob
- File HomePage:
- Click to view
- Submitted On:
- 25 Nov 2026
- Rating:
-
Be the first to comment! Please sign in or register.